Apakah itu projek sosial ummiguide?

Projek untuk membantu ibu bapa muda atau keluarga yang memerlukan bantuan asas penjagaan kanak-kanak kecil

Disaat kita sedang makan besar, terdapat keluarga yang perlu mengikat perut…

Disaat Kita melihat ibu bapa berbelanja barang ternama untuk anak mereka,terdapat ibu bapa yang buntu memikirkan keperluan anak-anak mereka.

Projek ini memberi peluang buat sesiapa yang ingin sedekahkan barang-barang penjagaan bayi buat keluarga susah.

Jika anda memiliki barang untuk disedekahkan, hubungi kami untuk kami paparkan. Mana-mana golongan yang memerlukan barang tersebut akan mendapatkan maklumat yang diperlukan.

1)Isi borang

Penyumbang boleh isi maklumat di borang yang disediakan di laman web ini. Penyumbang tidak dibenarkan berurus niaga terhadap barang yang ingin diberikan. 

Barang-barang tersebut termasuklah 

  • Stroller bayi
  • Katil bayi
  • Tilam lembut
  • Buaian
  • Pakaian bayi

Barang-barang yang ingin diberikan wajib dalam kondisi baik dan selamat digunakan.

Penyumbang akan menyimpan barang tersebut selagi mana belum ada penerima. (Pihak UmmiGuide tidak akan menyimpan barang tersebut dan hanya bertanggungjawab dalam menyebarkan informasi tentang kewujudan barang untuk disedekahkan.)

Walau bagaimanapun, penyumbang boleh mengemaskini maklumat dengan kami jika barang tersebut tidak lagi ‘available’ .

 

2)Proses kemas kini data

Admin UmmiGuide akan meneliti maklumat yang diisi penyumbang dan akan menghubungi penyumbang untuk kepastian. 

Kemudian,admin akan ‘post’ barang yang diperlukan tersebut di web ini dan media sosial. 

3)Menghubungkan penyumbang dan penerima

Setiap barang yang dikongsi di laman web ini dan media sosial memberi peluang kepada golongan memerlukan untuk mendapatkan barang tersebut.

Kami akan menghubungkan penyumbang dan penerima melalui talian yang memudahkan dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

 

FQA

Tidak. Pihak UmmiGuide tidak akan menyimpan barang-barang untuk disedekahkan. Kami hanya bertindak sebagai pihak penghubung . Moga platform ini menyediakan informasi yang sangat berguna untuk golongan yang memerlukan. 

Sesiapa sahaja yang menghadapi masalah kewangan untuk membeli barang penjagaan bayi. Boleh isi borang permohonan di web ini.

Cara penghantaran barang adalah mengikut perbincangan penerima dan penyumbang setelah dihubungkan bersama. Pihak penyumbang berhak ‘request’ barang tersebut diambil sendiri di rumah. Adalah menjadi sesuatu yang digalakkan juga jika pihak penyumbang sudi menghantarkan barang untuk disedekahkan kepada penerima jika pihak penerima tinggal berdekatan dan tidak memiliki kenderaan yang sesuai.

Kami tidak menerima sumbangan berupa ‘duit’  atas faktor-faktor tertentu.

Ya. Jika pihak penyumbang sudi dan berlapang dada untuk berbuat demikian. 

Hero Certificate berserta diskaun jika membeli produk kanak-kanak dan wanita yang bakal dijual UmmiGuide.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn